Penulis

Fadzli Yusof

Hj Fadzli Yusof merupakan seorang Professional Trainer & Speaker yang menumpukan komitmennya dalam bidang pembangunan diri dan organisasi. Beliau adalah Master Trainer di Global Genius Consultant Sdn Bhd (Untuk latihan korporat & profesional), dan RK Training & Management (Untuk Latihan Pelajar, Belia dan Remaja).

Kelayakan Profesional: Beliau telah ditauliahkan sebagai Certified NLP Profesional Trainer National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat. Selain itu, beliau juga merupakan seorang NLP Coach dan NLP Master Practitioner. Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) juga telah mentauliahkan beliau sebagai Certified Profesional Trainer. Beliau juga adalah Alumni ESQ 165 (Leadership-MCB) dan Law of Attraction (LoA). Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, dan pensyarah undang-undang IPTA.

Kelayakan Akademik: Mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan kemudiannya menyambung di peringkat sarjana (master) di universiti yang sama. Sekarang, beliau dalam proses menyambung pengajiannya ke peringkat PhD.

Penulisan Motivasi: Sudah menghasilkan 30 judul buku berkaitan motivasi bina insan dan pembangunan diri. Beberapa tajuk menjadi bestseller di pasaran (Carta buku di MPH Bookstores, Popular Bookstores, dan Resensi RTM). Sudah lebih 100,000 naskhah bukunya telah terjual di pasaran.

Modul yang dikendalikan: a) Self Improvement & Motivation - I Choose Success! (Untuk membentuk mindset sukses) - My Success Story (Untuk membina motivasi dan matlamat diri) - Total Action, Total Success (Untuk merangsang disiplin dan dedikasi diri)

b) Aplikasi NLP: 1. NLP untuk Komunikasi Berkesan 2. NLP untuk Pembentangan Efektif 3.NLP untuk Pemasaran / Kejurujualan 4. NLP untuk Pengurus / Penyelia 5. Memperkasakan Diri dengan NLP

Pengalaman Profesional: Sepanjang penglibatan dalam bidang latihan, beliau telah mengendalikan banyak sessi yang melibatkan peserta daripada pelbagai latar, samada dari sektor kerajaan, mahupun swasta. Antaranya ialah seperti Petronas Methanol Sdn Bhd, Petronas Penapisan Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, fmBrunei Group, Permodalan Nasional Berhad, FELCRA, RISDA Plantation, RISDA Espek, INTAN, Puncak Niaga Holdings, Proton Berhad, RapidKL, Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri Brunei, UKM, UPM, UTHM, UIAM, UMP, dan banyak lagi. Beliau juga adalah Setiausaha Agung Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia / Trainer & Motivator Islam Nasional (TAMRIN) yang pertama (2009-2011).

Penampilan Media: Beliau juga sering dijemput oleh media untuk berkongsi tip dan hikmah dalam proses pembangunan insan dan binadiri. Antara penampilan beliau ialah sebagai penceramah Motivasi Pagi TV3, Motivasi Murid TV9, Wanita Hari Ini TV3, Astro AWANI, Segmen Remaja IKIM.fm, U Remaja TV1, Inspirasi Radio Nasional.fm, Selamat Pagi Malaysia (Siaran langsung), Stylo RTM, Keluarga Bahagia RTM , Anggun Bergaya RTM, Dian Ilmu RTM, Respon RTM, klip Motivasi Radio 24, klip Motivasi Radio Traxx.fm, dan banyak lagi.

Laman web syarikatnya ialah:

www.globalgenius.com.my : Program KuasaSukses dan NLP. www.rktraining.com.my : Program SuperStudy.

Beliau boleh dihubungi di 03 4105 0035 atau SMS ke 0133511351.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024