Hakim Rosly

Lulusan Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah) Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2006, Sarjana dalam bidang Sains Kemanusiaan (Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua), juga di Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2009. Sekarang, sedang menyambung pengajian Peringkat Kedoktoran di Universiti King Saud, Riyadh, Arab Saudi dalam bidang Pengajian Linguistik (Bahasa dan Nahu). Beliau begitu meminati bidang penterjemahan dan penulisan. Antara artikel penulisan beliau yang diterbitkan ada dimuatkan dalam buku seperti Ta'lim Al-Alsuniyyah Al-Hadithah Li Aghrad Khasah, Ta'lim Al-Lughah Al-'Arabiyyah: Afaq Mustaqbaliyyah dan Prosiding Nadwah Bahasa dan Kesusasteraan Arab Ketiga: Penterjemahan Sebagai Wahana Ilmu. Menjadi ketua tim penterjemah bahasa Arab PTS bermula pada tahun 2014 hingga sekarang.