Penulis

Hamzah Hamdani

Dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor, pada 8 Oktober 1953. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1976. Berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka dari tahun 1977 hingga 2005. Bersara pilihan dari DBP mulai 4 Januari 2005 sewaktu menjadi Pengarah DBP, Cawangan Sabah. Terlibat aktif dalam PENA (1978 - 1982) dan GAPENA (1980 hingga sekarang). Hasil karya dalam genre puisi, cerpen, esei kritik, dan buku kanak-kanak. Buku yang dihasilkan ialah Kumpulan Cerpen Pantai (1979), Kesusasteraan Islam: Konsep, Prinsip dan Pengembangannya (2003), Pertumbuhan dan Perkembangan Sastera Melayu di Sarawak (2004), dan banyak buku yang telah diselenggarakannya. Beliau pernah mendapat Hadiah Penulis Esei Terbaik Dewan Sastera 1978. Kini terlibat dalam pelbagai kegiatan sastera sebagai panel hakim, editor dan membentangkan kertas kerja dalam seminar-seminar dalam dan di luar negara.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024