Hyrohiku

Gelaran
Tuan

PROFAIL
Nama sebenar adalah Ahmad Ezaddin bin Ahmad Salleh. Seorang jejaka yang kini menetap di Semporna, Sabah. Anak ketiga daripada empat beradik. Berumur 36 tahun dan masih bujang (ketika artikel ini ditulis). Bekerja sendiri sebagai seorang artis komik freelance.

PENCAPAIAN
Juara kategori ilustrasi terbuka dalam peraduan Bakat Baru Komik Malaysia 2007 anjuran GempakStarz.

Juara Cabaran Komik Online Malaysia 2016 (CKOM2016) anjuran MatKomik dan Komik-M. Karya ini diterbitkan dalam antologi komikHERO #1 terbitan Komik-M pada tahun 2017.

Naib Juara Cabaran Komik Online Malaysia 2017 (CKOM2017) anjuran MatKomik dan Komik-M.Karya ini diterbitkan dalam antologi komik CABARAN KOMIK ONLINE MALAYSIA terbitan Komik-M pada tahun 2018.

Diiktiraf selaku ahli SMA Masterclass oleh Comic Zenon, Jepun.*SMA (Silent Manga Award)

Menyumbangkan beberapa komik pendekdalam komik antologi Komik-M, iaitu:
HANTU KUBUR dalam antologi AKU, KAU & HANTU #2
KA-CHA dalam antologi AKU, KAU & SUPERHERO
KAD SAVER dalam antologi AKU, KAU & SAINS

Menyumbangkan ilustrasi kulit buku terbitan Komik-M:
AKU, KAU & HANTU #2
AKU, KAU & SUPERHERO
AKU, KAU & MALAYSIA: NEGARAKU
MISI KIRA #2: CABARAN INFINITI

Artis komik & Penulis SCOOPERS #1