Penulis

Ibnu Ahmad al-Kurauwi

IBNU AHMAD AL-KURAUWI nama pena bagi Haji Azman bin Haji Ahmad. Lahir pada 21 Januari 1974 di Kuala Kurau, Bagan Serai, Perak dan kemudiannya berpindah ke sebuah Tanah Rancangan Felda, di Triang Pahang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh Pahang. Beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Mu’tah Jordan sehingga Lulus Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab pada tahun 1998.

Dalam jagat penulisan beliau pernah menjadi kolumnis Ruangan Agama, majalah Dewan Masyarakat. Cenderung menulis dalam genre karya ilmiah dan karyanya banyak tersiar di Utusan Malaysia, Utusan Melayu, Dewan Budaya, Dewan Agama dan Falsafah, Dewan Budaya dan Majalah I. Pernah memenangi tempat kedua pertandingan menulis esei sempena Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni 2006 anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan.

Novel pertama beliau, Tinta Elipsis diterbitkan oleh DBP pada 2007. Novel kedua, Insyirah pernah memenangi hadiah pertama Sayembara Menulis Novel Remaja DBP 2007. Kumpulan Cerpen Di Dadanya Kalam Tuhan diterbitkan oleh DBP pada 2009.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024