Imam An-Nawawi

Gelaran
Imam An-Nawawi

Nama sebenar Imam An-Nawawi adalah Abu Zakaria Yahya bin Sharaf An-Nawawi. Beliau dilahirkan di kampung Nawa, tidak jauh dari kota Damsyik di Syria, pada tahun 631 Hijrah bersamaan tahun 1233 Masihi. Gelaran An-Nawawi diambil daripada kampungnya, Nawa. Beliau membesar di Nawa sehingga berusia 19 tahun. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Damsyik dan tinggal di sana. Pada awalnya beliau meminati bidang perubatan tetapi kemudian menukar fikiran dan beralih sepenuhnya ke bidang agama yang diminatinya. Beliau meninggal dunia di situ pada usia 46 tahun, pada 676 Hijrah bersamaan 1278 Masihi. Antara karya-karyanya yang terkenal adalah Riyadus Solihin, Syarah Shahih Muslim, Al-Azkar, dan At-Tibyan fi Adabi Hamalat Al-Quran.