Penulis

Imam Muda Asyraf

Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan berasal dari Pulau Pinang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Pengkhususan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya. Beliau kini sedang menyiapkan Sarjana di Univiersiti Malaya dalam bidang yang sama. Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai Imam di Masjid Desa Petaling Kuala Lumpur.Dinobatkan sebagai Juara Imam Muda Astro Oasis 2010. Program siri pencarian bakat Imam muda yang berkebolehan yang disiarkan selama tiga bulan di Saluran Astro Oasis. Rancangan ini mendapat liputan hangat bukan setakat pihak media tempatan, malah menjangkaui dunia. Kisah kejayaan beliau pernah dipaparkan di CNN, BBC, Reuters, Al-Jazeera, Taiwan Post dan ramai lagi dari media luar negara seperti dari Jerman, Singapura, Brunei, Jepun dan banyak lagi.Penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011. Dilantik sebagai Ikon Kesihatan Malaysia 2013 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan menjadi Duta produk. Pada tahun 2013 juga, beliau sekali lagi dinobatkan sebagai penerima Anugerah IKON Belia Bumiputera Pulau Pinang Kategori Keagamaan dan Keseluruhan. Berpengalaman memberi ucapan, ceramah, tazkirah dan forum di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura. Antara pengalaman beliau adalah:1. Pernah menyampaikan ‘Talk’ atau tazkirah di:Hotel The Empire Brunie bersama staff Syarikat Komunikasi DST Berhad, Proton Bhd, Majlis berbuka Puasa staff CIMB Bank 2010, Agro Bank 2012 , Maybank 2013, Pejabat Axim Bank 2010, Hospital Ampang Puteri 2010, Launching Giat Mara Malaysia, Petronas Gas di Putrajaya, PS Pipeline Sdn Bhd, Mynic Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB), PNS, Suruhanjaya Pilihanraya, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pharmaniaga, SADC Perak, Masjid-masjid , Surau, IPT, Sekolah, dan lain-lain.2. Pernah menjadi panel forum:Ahli Panel Forum Perdana Ehwal Islam RTM, IPTA/ IPTS seperti Universiti Malaya (UM), UIA Gombak, Unisel, UKM, UiTM Shah Alam, UiTm Merbok, Uitm Segamat Johor, UiTM Alor Gajah, UTM Skudai, UiTM Puncak Alam, UMP Pahang, Matrikulasi Pulau Pinang, Matrikulasi UIA PJ, UNITEN Serdang, UPM Serdang, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Politeknik, Masjid Putrajaya.3. Menyampaikan motivasi:Kepada peserta Kem Anjuran Bank Islam Brunei Berhad 2010, MRSM, Slot Motivasi pagi di radio JAKIM saluran Salam FM, tetamu slot Primadona, tetamu tetap slot Selamat Pagi Malaysia RTM 1, Kem-kem motivasi, sekolah-sekolah, dan lain-lain.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024