Penulis

Asima Abdul Latiff

Datin Asima Abdul Latiff menghadiri persekolahannya di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, dan kemudiannya menyambung pengajiannya di institusi pendidikan guru, iaitu Regional Training Centre (TC) dan kemudian ke Maktab Bahasa atau Language Institute di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 23 tahun di Sekolah Mudzaffar Shah, Simpang 4, Semanggol, Perak dan Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Beliau mengajar mata pelajaran Sains Rumah Tangga, Bahasa Malaysia dan Sejarah. Suami beliau adalah Dato’ Zainal Abidin Zin, (dan mempunyai tiga orang anak; Anis Hidayu, Anis Fatina dan Azhan Jihadi) adalah seorang ahli politik terkenal yang memegang jawatan terakhir beliau sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. Dengan itu, sebagai isteri seorang ahli politik beliau aktif dalam pergerakan politik menggandingi usaha suami beliau. Datin Asima pernah menjadi Bendahari Wanita UMNO Bahagian, Pengerusi Persatuan Membantu Anak-anak Yatim dan Kebajikan Bagan Serai, Ahli BAKTI (Badan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri). Hobi beliau adalah 1. menulis puisi dan artikel, 2. melancong, dan banyak negara yang sudah dilawati, antara yang menarik adalah ekspedisi 10 hari merentas Thailand ke Mei Sai - Segi Tiga Emas (2009), ekspedisi 50 tahun Merdeka dari Cape Town merentasi 14 buah Negara dengan kereta selama 33 hari (2007), ekspedisi dengan kereta dari London hingga ke Moscow (2005), melancong dengan kereta melawat Andalusia Sepanyol dan Morocco (2005).

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024