John C. Maxwell

John C.Maxwell ialah pakar kepimpinan terkemuka di Amerika Syarikat dan bercakap berkenaan kepimpinan kepada beratus ribu orang individu setiap tahun. Beliau pernah berkongsi prinsip-prinsip kepimpinannya dengan syarikat-syarikat seperti Fortune 500, Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point dan juga organisasi-organisasi sukan seperti NCAA (Persatuan Atletik Kolej Kebangsaan Amerika), NBA (Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Amerika) dan NFL (Liga Kebangsaan American Football).

Beliau juga ialah pengarang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang menjual lebih 19 juta buku. Dr. Maxwell adalah pengasas kepada beberapa organisasi termasuk EQUIP, John Maxwell Company, organisasi yang melatih lebih dari 5 juta pemimpin di seluruh dunia dan Maximum Impact, yang bertujuan membantu individu mencapai potensi kepimpinan mereka.

Beliau juga sudah menulis lebih 30 buah buku, termasuk Developing the Leader Within You, Your Road Map for Success dan The 21 Irrefutable Laws of Leadership, yang sudah terjual lebih daripada satu juta naskhah. Selain daripada itu, PTS Publishing House juga menerbitkan lima buah karya beliau yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu termasuk Make Today Count, How Successfull People Think, Everyone Communicates, Few Connect, The 21 Indispensable Qualities of a Leader: 21 Kunci Pemimpin Efektif dan 360 - Degree Leaders. Kebanyakan buku yang beliau hasilkan adalah berasaskan kepimpinan.