Kaher

Kaher adalah pendatang baru dalam industri komik tanah air. Pemuda yang berbakat besar ini memulakan karier sebagai pelukis komik dengan menjadi artis sambilan di beberapa majalah komik tempatan. Bersama Komik-M, beliau mula berkarya dalam beberapa komik antologi sebelum komik solo beliau diterbitkan, iaitu DUNIA KARTUN: LAWAK GADIS KOMIK.