Les Hewitt

Pengalaman

Dalam masa 30 tahun, organisasi beliau sudah membangunkan dan menyampaikan lebih daripada 900 bengkel dan program latihan yang dihadiri oleh ribuan eksekutif, pengurus, dan pemimpin jualan. Les juga adalah pengasas Program Latihan Kuasa Fokus, sistem fokus yang unik untuk ahli perniagaan yang mahukan keuntungan lebih, kurang stress, dan lebih masa santai.

Bekerjasama dengan lebih daripada 300 syarikat di Kanada, Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, dan Ireland.

Membangunkan seminar perniagaan audio untuk Trump University, sekolah perniagaan belajar sendiri yang ditubuhkan oleh billionaire, Donald Trump. Pelanggan elit yang pernah mendapatkan khidmat ceramah Les adalah Wells Fargo, The Million Dollar Round Table, Investors Group, Cameron Inc., dan Haliburton.