Lily Haslina Nasir

Lily Haslina Nasir, kelahiran Melaka pada 19 November 1971. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Durian Daun, Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist 2 Tengkera sebelum ke Sekolah Menengah Munsyi Abdullah, Batu Berendam Melaka. Beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Media.

Menulis seawal usia 13 tahun di Berita Minggu, Dewan Siswa, Dewan Budaya dan novel pertama diterbitkan ketika berada di tingkatan lima. Pada 1985, beliau terpilih menyertai Minggu Penulis Remaja angkatan kedua dan menjadi peserta termuda. Ketika itu Lily Haslina sudah sering menerima pelbagai anugerah penulisan sama ada dalam dunia kreatif juga rencana. Novel-novel beliau diterbitkan bukan sekadar di PTS tetapi di DBP, Berita Publishing, CESB, Alaf21 dan juga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. 

Genre penulisannya buka sekadar novel dewasa sahaja, tetapi termasuk juga novel kanak-kanak dan juga remaja. Skrip dokumentari juga adalah antara bidang yang diceburinya.

Sepanjang kerjaya sebagai wartawan, Lily Haslina pernah menerima lebih daripada lima anugerah kewartawanan peringkat nasional sebagai penulis rencana terbaik. Lily Haslina boleh didekati di www.lilyhaslinanasir.blogspot.com atau roslily@gmail.com.