Penulis

Lukman Iskandar

Lukman Iskandar, atau nama sebenarnya Naamandedin bin Daud, dilahirkan pada 29 Mac 1949 di Kampung Bunga Emas, Simpang Empat, Perlis. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Derma, Kangar, Perlis, dan Institut Teknologi MARA (ITM).

Pada tahun 1973, Lukman Iskandar menjadi tenaga pengajar di Thamawithaya Mulniti, Setul, Thailand. Sewaktu mengajar, beliau dilantik menjadi anggota rasmi Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN). Bermulalah penglibatan beliau dalam gerakan gerila pemisah.

Lukman Iskandar pernah ditahan oleh kerajaan Malaysia atas alasan ‘cuba melancarkan revolusi bersenjata di Malaysia’ bersama beberapa orang pegawai tentera Malaysia. Beliau ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pertama kali pada tahun 1977, dan sekali lagi pada tahun 1992.

Beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 2001, dan disemadikan di Kampung Telaga Gasing, Patani. Novel Gerila ini, walaupun fiksyen, adalah berdasarkan pengalaman sebenar beliau.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024