Chef Fendi

Gelaran
Chef

Chef Fendi merupakan penolong penerbit dan pengacara untuk Rancangan Dapur Bujang di Hypp TV selama lima musim. Beliau pernah mengacarakan Rancangan Selera Bajet selama tiga musim. Selain itu beliau juga terlibat dalam Hypp TV Karnival dan LME Event anjuran TM sejak tahun 2013 sehingga sekarang sebagai selebriti jemputan. Beliau juga menjadi pengacara bagi mempromosikan HyppMe di lima buah negeri. Selain itu, beliau juga pernah menjadi pengacara dalam Program Mencari Ramli pada tahun 2015 di Pulau Pinang. Beliau juga terlibat sebagai chef untuk Projek Tiffin TM 2016.