Penulis

mia_kiff_photo_1

Mia Kiff

Mia Kiff atau nama sebenarnya Azlisha binti Saad, berasal dari Kuala Nerang, Kedah dan dilahirkan pada 3 Disember 1983. Beliau adalah graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan Sains Kemasyarakatan (Kerja Sosial).

Beliau memilih untuk bergelar penulis sepenuh masa kerana minatnya dalam bidang penulisan. Mula menulis sejak di bangku sekolah lagi, beliau kini bergelar novelis dengan novel pertama yang bertajuk Bidadari Salju.

Novel Bukan Isteri Simpanan adalah karya kedua beliau dan yang pertama di bawah terbitan GedeBook.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024