Mohd Hafiz bin Daud

Mohd Hafiz bin Daud adalah penterjemah buku-buku Arab terbitan PTS. Anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan.Memulakan pendidikan awal di Sek. Men. Agama Dato' Klana Petra Maamor Ahmadi, Gemencheh. Berkelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Kini sedang menulis tesis Sarjana di dalam bidang Siyasah Syari'iyyah di Universiti yang sama. Antara hasil terjemahan beliau adalah buku Fatwa Kontemporari Jilid 1 dan 2 karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi bersama tim penterjemah PTS.