Penulis

Mohd Ikhwan bin Abdullah

Mohd Ikhwan bin Abdullah adalah pelatih akademik di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini, beliau sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (Ph.D.) dalam bidang Linguistik Arab di UIAM.

Dilahirkan di Redbridge, London pada tahun 1984 dan membesar di Johor Bahru, Mohd Ikhwan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai. Selepas menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Di peringkat sarjana pula, beliau masih meneruskan pengajian dalam bidang yang sama, dengan pengkhususan bidang Linguistik Arab. Kedua-dua peringkat pengajian ini juga di UIAM.

Selain menjadi penterjemah untuk buku Tarbiyatul Aulad Jilid 1 dan 2, Mohd Ikhwan juga pernah menterjemah buku-buku lain bersama PTS Publishing House Sdn. Bhd., iaitu buku Fiqh Kewangan Islam dan Fiqh Hiburan. Di samping bergiat dengan kerja-kerja terjemahan, beliau juga aktif mengajar bahasa Arab kepada orang awam menggunakan konsep mobile learning melalui laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024