Tuan Haji Mokhtar Kassan

Gelaran
Tuan Haji Mokhtar Kassan
Tempat Lahir
Kajang, Selangor
Tahun Lahir
1942

Tn. Hj. Mokhtar Bin Kassan dilahirkan pada 03 Julai 1942. Anak jati kelahiran Kajang, Selangor dikurniakan tiga orang anak dan lima orang cucu. 

Penglibatan beliau dengan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa’ (Darussyifa’) bermula pada tahun 1985 sebagai pelajar. Beliau kemudiannya diijazahkan dengan ijazah perubatan pada tahun 1986 oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Haron Din Al-Hafiz, Pengasas dan Penasihat Darussyifa’.

Beliau kemudiannya diberi amanah sebagai tenaga pengajar Darussyifa’ pada tahun 1988. Semenjak itu beliau sering ditugaskan untuk mengajar di Darussyifa’ Bandar Bangi serta di cawangan-cawangan Darussyifa’ di seluruh Malaysia dan Brunei Darussalam. Beliau juga merupakan AJK Darussyifa’ semenjak tahun 2000 sehingga kini.

Kerana pengalaman beliau yang luas, beliau sering dirujuk dan ditemuramah oleh pelajar-pelajar, ahli akademi dan pengamal perubatan. Beliau sering diundang untuk memberikan ceramah daripada agensi kerajaan dan NGO di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.