Mu’ Min Jarni

Abdul Mu'min Bin Jarni dilahirkan pada tahun 1982 di Kuching, Sarawak. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah sebelum dikurniakan ijazah dalam bidang Teknologi Komputer di Curtin University Sarawak.Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah dan pegawai hal ehwal pelajar di Kolej SATT Kuching, beliau suka meluangkan masanya meneroka sejarah dunia terutama yang melibatkan pertembungan antara peradaban seperti Perang Salib. Minatnya kepada budaya masyarakat serta tokoh-tokoh Timur dan Eropah yang wujud ketika zaman pertengahan memberi inspirasi kepada beliau untuk menulis novel sulung ini.