Penulis

Muhammad Haji Salleh

Muhammad Haji Salleh, dilahirkan pada 26 Mac 1942 di Trong, Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan di High School Bukit Mertajam dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, dan Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (Singapura), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya dalam tahun 1970 dan ijazah Ph.D. dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat dalam tahun 1973. Beliau mula menulis semenjak di Maktab Perguruan Tanah Melayu di Brinsford Lodge, England, pada tahun 1963. Oleh sebab latar belakang persekolahannya yang hampir pada bahasa dan kesusasteraan Melayu dan Inggeris, maka beliau menulis dalam kedua-dua bahasa itu. Pada tahun 1978, ketokohan Muhammad Haji Salleh dalam dunia penulisan puisi Melayu moden mendapat perhatian Panel Hadiah Karya Sastera tanah air, dan juga panel “Hadiah Sastera Asean” di Jakarta, dan S.E.A. Write Award di Bangkok pada tahun 1997. Muhammad Haji Salleh diangkat menjadi Sasterawan Negara dalam tahun 1991.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024