Muhammad Suhadi

Muhammad Suhadi lahir pada 14 November 1979 di Blora, Jawa Tengah, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan di MI Islamiyah Tawangrejo, Kunduran, Blora (1990), Sekolah Tsanawiyah dan Aliyah Ngaringan, Grobogan (1995 dan 1998) dan Program Pra-Univerisi Persiapan Bahasa dan Pematangan Bahasa LIPIA (Lembaga Pendidikan Islam dan Arab) iaitu cawangan Universiti Imam Ibnu Suud Arab Saudi di Jakarta (2003 dan 2004). Beliau juga adalah lulusan S1 Fakultas Syariah (2008) daripada universiti yang sama. Sejak di bangku pengajian sehingga sekarang, Muhammad Suhadi aktif menterjemah buku-buku Arab untuk penerbit buku-buku Islam. Sehingga hari ini, kurang lebih 30 karya terjemahannya sudah diterbitkan oleh syarikat penerbitan Pena, Hikmah, Mizan, Qisthi Press, Cakrawala Publishing, Akbar, Aqwam dan lain-lain. Di sebalik kesibukannya sebagai editor di syarikat penerbitan AQWAM Solo, bapa kepada Arina Rasyada dan suami kepada Khalifatun Nasriyah ini juga mengajar di Pusat Pengajian Mahasiswa Islam Al-Ausath Solo, aktif memberi syarahan di majlis-majlis agama, serta menulis buku bersama pengarang Fahrur Muis. Di antara karya mereka bersama adalah Syarah Hadits Arbain An-Nawawi (MQS Publishing 2009), Solat A–Z (Aqwam Solo 2009), serta buku-buku lain yang masih dalam pembikinan. Antara buku beliau yang diterbitkan di PTS adalah Hebatnya Bangun Awal Pagi, Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah, dan Misteri Terkabulnya Doa. Sumbangan idea, nasihat, serta cadangan boleh disampaikan ke emel beliau di  hadi_blora@yahoo.co.id ataupun di talian 0813 262 252 80.