Penulis

Muhammad Syaari Abdul Rahman

SYAARI AB. RAHMAN, anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan pengarah urusan dan jurulatih sepenuh masa di Ibrah Paradigm Training & Consultancy sejak bulan Mei 2011.

Beliau adalah jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Berpengalaman lebih daripada 4 tahun dalam dunia latihan dan motivasi, beliau juga pernah berkhidmat selama 2 tahun di I.P Minda Training & Consultancy Sdn. Bhd.

Selain itu, beliau juga adalah ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara rancangan televisyen yang pernah beliau dijemput untuk ditemuramah adalah TV Al-Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum” dan RTM TV1 dalam segmen “Amir Amira”.

Penulis buku bestseller “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” terbitan PTS Milennia ini adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Sejarah Othmaniyah.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024