Penulis

wisnu

Muhammad Alexander

Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander lahir pada 13 April 1972 di Bandar Malang, Jawa Timur, Indonesia hasil perkahwinan pasangan suami isteri Dr. Monadi Rustamadji dan Tampi Sriasturi. Dunia menulis sudah bermula sejak berusia 16 tahun di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 3 Malang dalam bentuk puisi-puisi (1984). Kemudian, pada usia 22 tahun (1994), beliau dilantik menjadi Ketua Umum Majalah KampusSoliddi Universiti Brawijaya yang terletak di Bandar Malang. Kemampuannya dalam bidang penulisan diasah ketika mengikuti pengajian M.A di Institut Teknologi Sepuluh November (ITS), Surabaya.

Beliau menyelesaikan pengajian peringkat B.A. dalam bidang Seni Bina daripada Universiti Brawijaya (UniBraw), Malang pada tahun 1996. Kemudian, beliau menyelesaikan pengajian peringkat M.A. dalam bidang Housing & Urban Planning daripada ITS Surabaya pada tahun 2001. Kini, beliau dalam proses dalam menyelesaikan PhD dalam bidang Urban Housing di ITS.

Kini, beliau menjadi pensyarah tetap di Universiti Brawijaya. Beliau juga banyak menghasilkan banyak kertas kerja dan buku-buku kajian seperti Armageddon: Antara Petaka dan Rahmat, Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung dan Alexander adalah Zulqarnain.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024