Penulis

Ustazah-Norhafizah-Musa_1

Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

Ustazah Norhafizah Musa atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Cik mendapat pendidikan pada peringkat Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam bidang Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Seterusnya beliau menyambung pengajian pada peringkat sarjana di Universiti Malaya di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Sekarang sedang menyempurnakan pengajian pada peringkat PhD.

Ustazah Norhafizah Musa bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Kemahiran khusus beliau adalah Psikoterapi Dakwah dan Pembangunan Insan. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Dr. Azahar Yaakub dan dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata. Penglibatan beliau dalam dunia dakwah bermula sejak kepulangannya dari Jordan lagi. Kini beliau merupakan penulis buku, kolumnis majalah, panel tetap slot Usrati di ikim fm, panel program Tanyalah Ustazah TV9, Halaqah TV9, Al-Hidayah TV3, Forum Rerdana TV1, dan lain-lain program penerbitan bersifat keagamaan.

Selain aktif di radio dan televisyen Ustazah Norhafizah Musa merupakan master trainer (pembimbing pelatihan) untuk konsultan Daraini Management Academy dan master trainer untuk Syarikat Airborne Discovery Sdn. Bhd. Beliau telah mengasaskan banyak modul dalam pelatihan untuk remaja, wanita, dan korporat.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024