Penulis

Noriah Mohamed

Noriah Mohamed dilahirkan di Ipoh, Perak pada 25 Julai 1960. Beliau menerima pendidikan awal di tempat yang sama. Pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan)nya dalam bidang Linguistik Bahasa Melayu diteruskan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau selanjutnya memperoleh Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden dan Doktor Falsafah dalam bidang sosiolinguistik dari Fakulti Bahasa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada awal 90-an. Sekarang beliau merupakan Profesor di Bahagian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Bidang kepakaran ilmiah beliau ialah Sosiolinguistik, Linguistik Sejarah dan Perbandingan Bahasa Austronesia, dan Sejarah Bahasa Melayu. Penyelidikan beliau bertumpu kepada dialek-dialek Melayu, bahasa peribumi, dan bahasa kaum Peranakan di Malaysia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024