Nur Mohamad Adli Rosli

Nur Mohamad Adli bin Rosli atau lebih dikenali dengan nama pena beliau Adli Rosli adalah pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Anak kelahiran dari Kuantan, Pahang ini dilahirkan pada 25 Mei 1990. Beliau adalah anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.Adli Rosli menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cenderawasih seterusnya menyambung pendidikan peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih dan kemudiannya menyambung pendidikan peringkat menengah atas di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. Kini sedang menghabiskan semester akhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Di universiti, beliau bergiat aktif dalam penganjuran majlis-majlis Talaqqi juga dilantik sekarang ini sebagai Pengerusi Majlis Ta’lim An-nur, iaitu sebuah organsasi pengajian kitab-kitab agama di bawah bimbingan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll As-Senariy. Hingga ke hari ini, beliau masih aktif dalam organisasi itu.Antara guru beliau adalah Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll As-Senariy, Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, Al-Fadhil Ustaz Dr. Sabri Zakaria, dan Al-Fadhil Ustaz Abdullah Thahir Al-Qodahi.E-mel: nurmohamad.adli@gmail.comFacebook: https://www.facebook.com/nurmohamad.adli