Penulis

Omar Mohd Hashim

Tan Sri Dato’ Omar Mohd Hashim dilahirkan pada 11 November 1935 di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, Arab dan Inggeris. Beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya di Singapura dan mendapat ijazah B.A. Hons pada tahun 1960. Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star 1961-62, Pengarah Lembaga Peperiksaan 1962 – 69, Pengarah Pengajian Maktab Tentera Diraja Malaysia, Sg Besi 1970-72, Pengarah Pendidikan Sabah 1972–75, Pengarah Pendidikan Johor 1975-76, Pengarah Lembaga Peperiksaan 1976-84, Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan 1984-85, dan jawatan terakhir beliau di Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum bersara pada tahun 1990, adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Antara bakti beliau yang terbesar, beliau adalah pegawai yang bertanggungjawab mengambil alih peperiksaan daripada Sindikat Peperiksaan Universiti Cambridge. Malah beliau adalah Timbalan Presiden Persatuan Penilaian Pendidikan Antarabangsa (IAEA) yang berpusat di Amerika Syarikat. Semasa belajar eliau aktif dalam pergerakan pelajar melalui GPMS, dan beliau juga aktif dalam bidang budaya, sastera dan sejarah. Ini menyebabkan beliau dilantik sebagai ahli panel Anugerah Sastera Negara. Beliau juga pernah mejadi Pengerusi Gerakan Membaca, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan Sejarah Malaysia. Kini beliau adalah Presiden persatuan tersebut.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024