Penulis

memini

Pakdi

Pakdi mula menulis blog sejak 2001. Bermula dengan tema sosio-politik menerusi Pakdi.com. Kemudian, penulisannya mula menjurus ke arah sosio ekonomi khususnya yang berkaitan topik pengurusan kewangan, bisnes, pelaburan dan kewangan Islam. Sewaktu masih belajar di universiti iaitu di sekitar tahun 2005 , Pakdi mengasaskan forum BicaraJutawan.com. Kini forum itu telah diwakafkan untuk manfaat semua yang mahu mengubah keadaan kewangannya menjadi lebih baik. 2009, Pakdi menerbitkan ebook edisi terhad secara percuma bertajuk, “Mari Belajar Cashflow; Panduan step-by-step Menjejaki ke Mana Duit Anda ‘Hilang’ Setiap Bulan … dan Apa yang Anda Boleh Buat Untuk Mengatasinya.” Lebih 3500 pembaca bertuah blog Pakdi.Net mendapat manfaat daripadanya. Selain menulis, Pakdi juga sering dijemput untuk mengendalikan bengkel-bengkel berkaitan keusahawanan, pengurusan kewangan dan juga pelaburan sama ada untuk orang awam, pelajar universiti, badan kerajaan dan juga syarikat korporat.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024