Penulis

Philip Kotler

Philip Kotler ialah Profesor Pemasaran Antarabangsa S.C. Johnson & Son, di J.L. Kellogg Kolej Graduan Pemasaran, Universiti Northwestern, Evanston, Illinois. Kellogg pernah dinamakan sebagai Kolej Bisnes Terbaik sebanyak enam kali dalam kalangan kolej bisnes di Amerika oleh Business Week. Kolej ini juga dikenali sebagai Kolej Bisnes Terbaik bagi subjek Pemasaran, disebabkan oleh sumbangan Profesor Kotler selama beliau bertugas di sana. Beliau ialah pensyarah pertama yang menerima Anugerah “Distinguished Marketing Educator” daripada Persatuan Pemasaran Amerika (AMA) dan juga pernah menerima anugerah Marketing Excellence daripada Persatuan Perunding dan Pelatih Pemasaran Eropah. Beliau juga terpilih sebagai Leader in Marketing Thought oleh ahli akademik AMA. Profesor Kotler pernah memberikan khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat gergasi seperti IBM, General Electric, AT&T, Honeywell, Bank of America, dan Merck. Beliau ialah penulis buku Marketing Management, buku tentang pemasaran yang paling banyak digunakan oleh kolej bisnes graduan di serata dunia, The New Competition, Marketing Models, High Visibility, Social Marketing, The Marketing of Nations, dan banyak lagi. Beliau sudah menjelajah ke serata negara di benua Eropah, Asia dan Amerika Selatan bagi tujuan berceramah dan memberikan nasihat kepada pelbagai jenis syarikat.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024