Penulis

Rejab F.I.

BIODATA REJAB BIN ISMAIL(REJAB F.I.)

LATAR BELAKANG

1. Dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis, pada 12 September 1941.

2. Umur: 64 tahun (2005).

3. Anak seorang petani.

PENDIDIKAN

1. Belajar di Sekolah Melayu Santan sehingga Darjah V (1950), Sekolah Melayu Paya Darjah VI (1954), Sekolah Melayu Kangar (Lelaki)Darjah VII (1955).

2. Belajar sendiri: Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP)1961, Sijil Pelalajaran Persekutuan (SPP = SPM) 1962, Sijil Tinggi Pelajaran (STP = STPM) 1975.

3. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) - Mahasiswa Luar Kampus - Lulus Sarjanan Muda Kesusasteraan Dengan Kepujian (B.A. Hons.) 1980.

PEKERJAAN

1. Lepas sekolah Melayu, sementara mendapat kerja, menjual buah ciku di pasar-pasar sehari (nat).

2. Berniaga telur ayam di kampung-kampung - lahir novel: ‘Di Mana Ada Kemahuan’.

3. Dilantik sebagai Guru Pelatih pada tahun 1956.

4. Dilantik sebagai Guru Besar sekolah rendah pada tahun 1970 - 1979.

5. Mengajar di sekolah menengah dan sebagai Guru Penolong kanan pada tahun 1982 hingga 1991.

6. Bersara pilihan sendiri sebagai pendidik 1991 (ketika berusia 50 tahun).

7. Menjadi penulis sepenuh masa hingga sekarang.

8. Dilantik sebagai editor penerbitan Rhythm Sdn Berhad, Pulau Pinang mulai 1996 hingga sekarang.

KEGIATAN PENULISAN

1. Mula menulis pada tahun 1960.

2. Menulis semua genre sastera: Novel (dewasa, remaja, kanak-kanak); cerpen, puisi, drama (radio, pentas, televisyen), cerita rakyat, esei/makalah/rencana.

3. Hasil-hasil penulisan:

3.1. Novel (dewasa, remaja dan kanak-kanak) berjumlah 106 judul. Novel ‘Noktah Sebuah Perhentian’ pernah dijadikan teks sastera tambahan Tingkatan 5. Novel ‘Dosa Telah Berampun’ (novel remaja) dan ‘Pertaruhan Wang Emas’ (cerita rakyat/klasik) dijadikan teks sastera tambahan Tingkatan 3.

3.2. 20 judul antologi cerpen.

3.3. 3 judul antologi puisi.

3.4. Sebuah antologi drama.

3.5. Buku Kesenian dan Kebudayaan 2 buah.

3.6. Karya eceran yang telah diterbitkan dalam akhbar, majalah, radio dan televisyen tempatan:

3.6.1. 184 judul cerpen

3.6.2. 254 judul puisi

3.6.3. 294 judul rencana/esei

3.6.4. 20 judul drama radio

3.5.5. 15 judul drama televisyen

3.5.6. 4 judul drama pentas. Drama televisyen ‘Titian Rapuh’ (RTM ) di antara 10 drama terbaik 1982, ‘Gelora Impian’ (Tv3) diantara 10 drama terbaik 1994. 3.7. Terjemahan: Puisi dan cerpen diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Rusia dan China. Cerita kanak-kanak diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan China.

3.8. Cerpen dipilih sebagai teks sastera Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Cerpen ‘Sebuah Kampung di Daerah Pendalaman’ (1970), ‘Suatu Subuh Yang Bening’ (1980) dan ‘Memori Kehidupan’ (1989).

3.9. Puisi dipilih sebagai teks sastera Sijil Pelajaran Malaysia:‘Antara Dua Jurang’ (1971), ‘Peladang’ (1971) dan ‘Lagu Anak Di Permatang’ (1971).

3.10. Tiga judul puisi dipilih memenangi pertandingan lagu puisi 1998, 1999, 2000

3.11. Ceramah: Sering memberi ceramah penulisan cerpen, puisi, cerita rakyat, drama radio dan televisyen kepada penulis-penulis baru (melalui persatuan-persatuan penulis Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak).

3.12. Hakim: Sering dijemput menjadi hakim sayembara deklama- Puisi Hari Kebangsaan, dan sekolah-sekolah. Hakim pertandingan pidato, perbahasan dan kuiz. 3.13. Deklamasi puisi: Sering dijemput mendeklamasi puisi di sekolah-sekolah, maktab dan universiti.

SUMBANGAN KERTAS KERJA DAN IDEA

1. Menyumbang kertas kerja dalam ‘Seminar Tarian Canggung’, mengkaji dan memperkenalkan tarian identiti negeri Perlis, anjuran bersama Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Persatuan Penulis Perlis (3P).

2. Dilantik sebagai AJK Penerbitan Buku Cenderamata Sempena Perayaan 25 Tahun Kemerdekaan Malaysia, peringkat negeri Perlis, pada tahun 1980.

3. Menjadi AJK Bengkel Tradisi Lisan, anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1981.

4. AJK Persembahan Hiburan Rakyat, sempena ulang tahun keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis dari tahun 1982 sehingga tahun 1985.

5. AJK Pesta Buku Peringkat Negeri Perlis dari tahun 1982 hingga 1991.

6. AJK Misi Kebudayaan Thailand sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis pada tahu 1982.

7. Membentang kertas kerja majlis Ceramah Penulisan Cerpen Kanak-kanak, kepada guru-guru sekolah rendah Perlis dalam tahun 1985.

8. AJK ‘Pameran Melalui Teladan’ anjuran kerajaan negeri Perlis pada tahun 1984.

9. AJK ‘Pertandingan Hadrah dan Gendang Tarinai’ anjuran kerajaan negeri Perlis pada tahun 1974, 1976 dan 1990.

10. AJK ‘Penganjur Pesta Budaya Negeri Perlis’ pada 20 Disember 1994.

11. Membentang kertas kerja ‘Proses Penulisan Puisi’ dalam majlis Temu Puisi III, di MATIC, Kuala Lumpur, anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 11 Disember 1993.

12. Membentang kertas kerja ‘Proses Penulisan Cerita Rakyat’ di Parit Buntar, Perak pada tahun 1994.

13. AJK Siri Pengkisahan Sejarah peringkat negeri Perlis, anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan kerjasama Arkib Negara Cawangan Alor Setar, pada tahun 1994.

14. AJK Pengelola Kem Sosio Budaya, peringkat negeri Perlis pada tahun 1994.

15. AJK ‘Malam Deklamasi Puisi BPR’ cawangan Perlis, pada tahun 1994.

16. AJK Penerbitan Album Di Raja Perlis, sempena sambutan Perayaan Jubli Emas DYMM Tuanku Raja Perlis, pada tahun 1995.

17. AJK Persembahan Rakyat, sempena Perayaan Jubli Emas DYMM Tuanku Raja Perlis pada tahun 1995.

18. Menulis bahan-bahan lawatan ke Beijing - Xinjiang, China untuk GAPENA pada 1 hingga 10 Ogos 1995.

19. Pengerusi Dialog Utara III (Pertemuan Penulis Malaysia Utara - Utara Sumatera) di Perlis, anjuran Persatuan Penulis Perlis (3P), GAPENA dan Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1986.

20. Pengerusi Jawatankuasa sambutan ‘Minggu Sastera’ peringkat negeri Perlis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerja-sama Persatuan Penulis Perlis (3P) pada 22 Oktober 1995.

21. AJK Pembangunan Pelancongan Negeri Perlis, anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis pada tahun 1994.

22. AJK Tahun Melawat Malaysia, anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perlis pada tahun 1994.

23. Pengerusi AJK Persembahan Kesenian dan Permainan Tradisional sempena Minggu Budaya negeri Perlis pada tahun 1996.

24. Hakim ‘Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan’ peringkat negeri Perlis mulai tahun 1990 hingga 2000.

25. Pengerusi hakim ‘Sayembara Deklamasi Puisi Hari Alam Sekitar’ sekolah-sekolah menengah Perlis Jun 2000.

26. AJK Bulan Bahasa dan Sastera Negara, peringkat negeri Perlis, mulai 1999 hingga 2001.

27. AJK Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan, tahun 2000 dan 2001.

28. Informan Rakaman Lagu-lagu Rakyat Perlis, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada 24 hingga 28 Julai 2000.

29. Pengerusi Hakim ‘Festival Kesenian Perlis 2000, anjuran Pemuda UMNO Negeri Perlis, kategori muzik Tarinai dan Hadrah, pada 8 dan 9 Julai 2000.

30. Pengerusi Perkampungan Penulis GAPENA -3P - DBP, di Bukit Ayer Resort, pada 30 Jun hingga 2 Julai 2000.

31. Hakim Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah antara sekolah-sekolah menengah negeri Perlis, pada 30 September 2000.

32. Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan dan Penyelidikan Majlis Kebudayaan Negeri Perlis 2000/2001.

33. Ceramah dan Perasmian Kelab Sastera Sekolah Menengah Agama Al-Islahiah, Bohor Mali, Perlis pada 14 Februari 2001.

34. Deklamasi puisi, sempena Malam Aprisiasi dan Majlis Jasamu Dikenang, Jabatan Kastam Negeri Perlis, pada 29 Jun 2001.

35. Hakim Pertandingan Puisi dan Lagu, sekolah-sekolah menengah negeri Perlis, pada 15 Ogos 2001.

KEGIATAN KEMASYARAKATAN

1. Ketua Satu Persatuan Penulis Perlis (3P) sudah 22 tahun - (semenjak 1977 hingga sekarang).

1.1. Membimbing dan melahirkan sekian banyak penulis-penulis Perlis seperti Nurhalim Ismail, Nur S.Bidin Beseri, Nasir Ali,Nordin Saad, Saleha Ahmad, Nilamsuri, Basariah Bakar, Bibi Baharom dan Siti Zubaidah Haris.

1.2. Berjuang memartabatkan Bahasa Melayu.

1.3. Berusaha memelihara dan memperkembangkan kesenian tradisional negeri Perlis seperti Awang Batil, Selampit, Hadrah, Beduan, Alu Bunyi, Berendoi dan Gendang Perlis.

1.4. Memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh negeri Perlis yang banyak berjasa dengan nama ‘Tokoh Budaya 3P’ (sudah 22 orang - pada setiap tahun mesyuarat agung 3P).

1.5. Sekian banyak penyelidikan sejarah yang terdapat di negeri Perlis seperti ketokohan Tok Arau, Kota Indera Kayangan, Kampung Bunga Emas, Kampung Wang Kelian dan Makam Tok Perlis.

2. Naib Yang Di Pertua Satu Majlis Kebudayaan Negeri Perlis (MKN) semenjak 1995 hingga 2004.

2.1. Melalui MKN sekian banyak kesenian tradisional Perlis diperpolerkan iaitu secara mengelolakan Pesta Perlis dan Pertandingan Kesenian Tradisional Rakyat Perlis pada tahun 1994, 1995 dan 1996.

2.2. Memasang papan tanda: Perlis Indera Kayangan - PADAMU NEGERI, TEMPAT KAMI BERBAKTI, di Sanglang, Jelempok, Kuala Perlis, Padang Besar dan Pauh - sebagai seruan rakyat negeri Perlis berbakti kepada negeri ini.

3. Ahli Jawatankuasa Kerja GAPENA semenjak 2000 hingga kini.

3.1. Selaku Ketua Biro Kebajikan

3.2. Berusaha menerbitkan Lampiran Kereatif Warta GAPENA

3.3. Berusaha menerbitkan antologi puisi ‘Sumpah Setia Bahasa’ dan “Daik Bonda Tanah Melayu.

4. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, mulai tahun 1999 hingga 2000. 4.1. Pengerusi penerbitan Jurnal Warisan Indera Kayangan.

4.2. Ahli Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Perlis.

4.3. Pengerusi Penubuhan Bilik Bacaan di kampung-kampung dalam negeri Perlis.

5. Persiden KKGMB Perlis 1985 - 1987

6. AJK Syarikat Pegawai Kerajaan Negeri Perlis 1985 - 1990

7. AJK UMNO Cawangan Repoh, Perlis 1982 - 1995

7.1. Pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Repoh, Perlis.

7.2. Pernah dipilih sebagai Perwakilan ke Persidangan Agung UMNO di Kuala Lumpur.

8. AJK Lembaga Mesjid Repoh, Perlis 1980 - 1999

8.1. Menubuhkan Bilik Bacaan di mesjid tersebut.

9. AJK Persatuan Sejarah Negeri Perlis 1994 hingga kini.

10. AJK Koleksi Muzium Negeri Perlis.

11. AJK Kecil Penamaan Jalan, Kawasan Perumahan dan Tempat Awam, Majlis Perbandaran Kangar 1999 hingga kini.

12. Pengerusi penerbitan Buliten Warisan Indera Kayangan 1998 hingga kini.

12. Menerbitan Buliten Warisan Indera Kayangan, di bawah Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Perlis.

13. Ketua Satu Persatuan Kebajikan Am Kampung Tanjung Gorah/Repoh, Perlis.

13.1. Memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat tentang kebajikan iaitu menubuh tabung Khairat Kematian dan Alatan pinggan-mangkuk untuk khenduri-khendara.

14. Naib Pengerusi Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS) 2004 hingga kini.

15. Naib Penerusi Persatuan Penggiat Kesenian Negeri Perlis (PESENI) 2004 hingga kini.

MINAT DAN KECENDERUNGAN

1. Lanskap rumahtangga

1.1. Memenangi hadiah kedua 1997 peringkat negeri Perlis.

1.2. Memenangi hadiah pertama 1998 peringkat negeri Perlis.

1.3. Memenangi hadiah kedua 1998 peringkat kebangsaan.

2. Berkebun dan dusun.

3. Mencungkil dan memulihara kesenian tradisional negeri Perlis seperti: Hadrah, Gendang Tarinai, Awang Batil, Selampit, Alu Bunyi, Berendoi dan Beduan.

3.1. Aktiviti dijalankan melalui Persatuan Penulis Perlis (3P)dengan kerjasama Pejabat Kebudayaan dan Kesenian serta Majlis Kebudayaan Negeri Perlis.

ANUGERAH

1. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 1974 daripada kerajaan negeri Perlis.

2. Pingat Ahli Mahkota Perlis (AMP) 1987 daripada kerajaan negeri Perlis.

3. Pingat Jasa Baik (Pengakap) 1975 daripada Pesuruhjaya Pengakap Negara (Malaysia).

4. Pengat Setia Mahkota Perlis (SMP) 2002 daripada DYMM Tuanku Raja Perlis.

5. Pingat Jasa Cemerlang (PC) 2005 daripada Yayasan Tuanku Syed Putera, Perlis.

6.. Tokoh Penulis Perlis 2001 daripada Persatuan Penulis Perlis (3P).

HADIAH SASTERA

1. Hadiah Sastera Nasional 1971 - tiga buah puisi

2. Hadiah Sastera Nasional 1972 - sebuah puisi

3. Hadiah Sastera Esso - GAPENA 1985 - sebuah cerpen

4. Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank (puisi/cerpen)1994, 1995, 1996, 1997, 1999.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024