Robert T. Kiyosaki

Robert T. Kiyosaki dilahirkan pada 8 April 1947 di Pulau Hilo, Hawaii. Beliau menamatkan pengajian di Hilo High School, seterusnya menyeratai U.S. Merchant Marine Academy di Kings Point, New York. Beliau adalah graduan dari U.S. Merchant Marine Academy di Kings Point pada tahun 1969. Kemudian Robert T. Kiyosaki menyertai Tentera Laut A.S dan bertugas di Vietnam sebagai Pegawai Tentera dan pemandu helikopter perang.

Sekembalinya dari Vietnam, beliau menceburi kerjaya dalam bidang perniagaan, namun beliau mengalami kerugian. Selepas mengalami banyak kegagalan, pada usia 47 tahun, barulah Robert T. Kiyosaki sedar kelemahan dirinya. Beliau seterusnya mempelajari mengenai bidang baru, iaitu pelaburan hartanah. Sejak dari itu Robert T. Kiyosaki tidak lagi menoleh ke belakang. Pelaburanya dalam bidang hartanah berkembang dari sebuah rumah. Sehingga kini menjadi 2000 buah rumah.

Perniagaan Robert T. Kiyosaki tertumpu pada pelaburan hartanah dan menyebarkan ilmu yang beliau peroleh dalam bidang perniagaan dan pelaburan. Buku pertama beliau yang ditulis pada tahun 1997 bersama Sharon L.Lechter berjudul Rich Dad Poor Dad menjadi buku terlaris di Asia, Australia, Amerika Utara, Mexico, Afrika Selatan, dan di Eropah. Buku ini mendapat sambutan diluar jangkaan selepas diterjemahkan ke dalam 46 bahasa. Sehingga 2006, buku ini sudah terjual sebanyak 26 juta naskah.

Penjualan buku Rich Dad Poor Dad begitu laris disebabkan empat faktor. Pertama, Robert T. Kiyosaki mengumumkan bahawa buku ini bukan buku cepat kaya. Kedua, dalam buku ini orang kaya mendedahkan rahsia yang menjadi tunjang kepada kekayaan mereka. Ketiga, buku ini juga mempersembahkan bentuk pengajaran dan cerita. Keempat, pengajaran yang didedahkan bertujuan menyangkal mitos lama yang menjadi kepercayaan orang ramai berkenaan wang dan kekayaan.  

Selain itu, beliau juga menulis beberapa buahi buku berkaitan kewangan. Antaranya ialah “ WhyWe Want You To Be Rich (Edisi Bahasa Melayu)”, “Retire Young Retire Rich - Edisi BahasaMelayu”, “Escape the Rat Race”, dan “Rich Dad’s Guide to Becoming Rich”.