Siti Nordiana

Siti Nordiana binti Alias, ataupun Nana, terkenal sebagai seorang penyanyi. Beliau yang berasal dari Felda Sendayan, Negeri Sembilan, cukup popular dengan lagu solo serta duo bersama Achik Spin. Kini beliau aktif bersama Usrah Fitrah dan juga muncul dalam rancangan Shoutul Quran di TV9 bersama rakan artis yang lain.