Siti Solehah

Memulakan karier penulisan pada tahun 2009 dengan menghasilkan skrip sketsa radio, beliau kemudiannya melangkah sebagai penulis skrip drama tv pada tahun 2010 dengan drama pertama berjudul Nur Di Jiwa Harina untuk tayangan di TV3. Sehingga kini beliau telah menghasil lebih 50 buah skrip drama merangkumi skrip telemovie antaranya Jangan Cari Salah Aku (TV9), Temukan Aku Pada Ramadhan (RTM), Cinta Gila (TV3) dan Telah Ku Ikhlaskan (TV3). Manakala antara skrip drama bersiri pula antaranya ialah Kifarah & Kirafah Mistik (TV3), Menongkah Kasih (TV9), Merah Bukan Jambu (RTM), Strawberi Karipap The Series (ASTRO CERIA) dan Sekali Aku Jatuh Cinta (TV3).

Selain itu, beliau juga menulis skrip-skrip drama radio bermula pada tahun 2011 dan sehingga kini sebanyak 10 buah skrip karya beliau telah diterbitkan antaranya di radio Perlis FM, Putra FM dan Klasik Nasional FM.