Penulis

Syed Zainal Ariffin Syed Jamaluddin

Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau mengikuti latihan perguruan dalam bidang TESOL pada tahun 1980. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran dalam program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama) di Universiti Putra Malaysia dan berijazah pada tahun 1992. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana (1995) daripada University of Leeds, United Kingdom dan Ijazah Kedoktoran (2002) daripada University of Manchester, United Kingdom dalam bidang linguistik. Selain itu, penulis memperoleh Sijil Perguruan Khas (Bacaan dan Penulisan) 1988 daripada Institut Perguruan Sultan Idris dan Diploma in Information Technology 1999 daripada Salford College, United Kingdom. Sekarang ini beliau merupakan Pensyarah Kanan di Bahagian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024