Syeikh Tahir Muhammad Al-Jazairi

Beliau adalah Syeikh Tahir Bin Muhammad Bin Soleh Bin Ahmad Bin Mauhub As-Sam’uni Al-Jazairi Ad-Dimasyqi.

Syeikh Tahir lahir pada tahun 1268 Hijrah bersamaan tahun 1852 Masihi, daripada keluarga alim ulama. Ayah beliau adalah seorang ahli Fiqh, bahkan pernah memegang jawatan mufti di Syam. Syeikh Tahir memulakan pendidikan beliau di Madrasah Al-Jaqamqiah dan menamatkan pembelajaran beliau bersama Syeikh Abdurrahman Al-Bustani. Kemudian, beliau melanjutkan pendidikan bersama seorang ulama yang masyhur, iaitu Al-Alim Al-Allamah Syeikh Abdul Ghani Al-Ghanimi Al-Midani. Syeikh Tahir sentiasa berdampingan dengan Syeikh Abdul Ghani Al-Ghanimi Al-Midani sehingga ulama itu meninggal dunia pada tahun 1222 Hijrah.

Syeikh Tahir mengisi zaman muda beliau dengan mendalami ilmu pengetahuan, dan beliau menghabiskan banyak masa dengan menghasilkan penulisan-penulisan buku dalam pelbagai bidang. Pada usia 30-an, beliau sudah dapat bertutur dalam Bahasa Arab, Parsi, Turki, dan Perancis.

Beliau mengetuai usaha pembangunan perpustakaan Dar Al-Kutub Al-Wataniah Az-Zhahiriah di Damsyik dan Al-Maktabah Al-Khalidiah di Quds, Palestin. Beliau berhijrah ke Kaherah pada tahun 1325 Hijrah. Sepanjang hidup, beliau menganggotai Majma’ Al-Ilmi Al-Arabi dan dipilih sebagai Pengarah Dar Al-Kutub Az-Zhahiriah. Beliau wafat pada tahun 1338 Hijrah di Damsyik. Beliau menulis lebih daripada 20 buah kitab, antaranya:

  • Al-Jawahir Al-Kalamiyyah, iaitu kitab ini.

  • Tanbih Al-Azkiya’

  • At-Tibyan

  • Taujih An-Nazhar

  • Tafsir Al-Kabir