Ustaz Zarifi

Ustaz Zarifi telah mendapat pendidikan menengah di SMKA Al-Mashoor (Lelaki) Pulau Pinang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (Fiqh dan Usul Fiqh) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selain telah dianugerahkan Sijil Kemahiran Dakwah dan Pengendalian Fatwa dari Al-Azhar Al-Syarief Mesir, sebuah program khas tajaan JPA. 

Beliau terlibat dalam program keagamaan di media elektronik seperti Juri Tetap Rancangan Da’i Pendakwah Nusantara Musim ke-4 dan ke-5 (2016-2017), pembicara program Al-Kuliyyah, Halaqah, Tanyalah Ustaz, Forum Perdana Ehwal Islam, Fikrah, Malaysia Hari Ini (MHI) serta lain-lain program di TV dan radio.  

Beliau juga terlibat sebagai pembentang kertas kerja di universiti dan kolej selain menulis artikel di akhbar, jurnal dan majalah. Aktif menyampaikan ceramah dakwah di Jabatan Kerajaan, swasta, Masjid, Surau, UniversIti Awam dan Swasta, sekolah serta lain-lain institusi. Juga aktif dalam kegiatan kebajikan seperti menyampaikan ceramah berkaitan anak-anak istimewa.