Penulis

12735687_10208354713722960_856308772_n

Yussof Ahmad

Yussof Ahmad (1943) berkelulusan Bachelor of Laws - Hons (London) dan Barrister-At-Law (Lincoln’s Inn). Beliau mula berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur dan seterusnya menjadi Presiden Mahkamah Sesyen untuk Daerah Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat. Beliau pernah menjadi Penolong Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pengurus Personnel Malaysia Airlines System (MAS). Seterusnya beliau menjadi rakan kongsi Nordin Torji & Yussof Ahmad selama 20 tahun. Pada tahun 1995 beliau dilantik menjadi hakim Mahkamah Perusahaan Malaysia, dan pada tahun 2000 beliau dilantik pula menjadi Yang Di-Pertua Mahkamah Perusahaan. Beliau bersara pada tahun 2006.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024