Penulis

Zehann ur Rakhie

Nama sebenar Mohd Zedik Hassan. Pendidikan awal di High School Setapak, Kuala Lumpur. Pernah bekerja sebagai artis grafik dan kemudian berkecimpung dalam bidang seni kraf batik. Berhijrah ke Jerantut, Pahang pada akhir tahun 1993. Pernah mengikuti kursus-kursus dan lawatan ke India, Jepun, dan Taiwan. Mula menulis dalam tahun 90-an. Artikel pernah tersiar dalam majalah APO. Hasil karya novel yang pernah diterbitkan adalah Rahsia Agenda Alam Hitam – Kelahiran Mufrad (2005), GAPURA (2007) dan Rahsia Agenda Alam Hitam – Vamprha (2008). Kini menulis dan melukis sepenuh masa.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024