PTS MPH Seronoknya Cuti

Cawangan Popular Terpilih

Wilayah Persekutuan

Selangor

Pulau Pinang

Johor

Melaka

Negri Sembilan

Kedah

Perak

Pahang

Kelantan

Terengganu

Sarawak

Sabah

Senarai Hadiah

Terma & Syarat

  1. Kempen 'Peluang Memasak Bersama Chef Hanieliza @ Popular' ini dianjurkan secara eksklusif oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS) untuk Popular Book Co. (M) Sdn Bhd
  2. Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia
  3. Kakitangan PTS & Popular Book Co (termasuk anak syarikat dan syarikat bersekutu PTS) dan keluarga terdekat iaitu suami/isteri, ibu bapa, anak-anak dan adik-beradik tidak layak menyertai peraduan ini.
  4. Tempoh kempen ini bermula dari 1 hingga 30 Januari 2012 bagi bulan Januari, 1 hingga 31 Mac 2011 bagi bulan Mac dan 1 hingga 30 Jun bagi penyertaan bulan Jun.
  5. PTS berhak meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja. Penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan dianggap batal. Penyertaan terakhir adalah pada tarikh-tarikh yang dinyatakan pada butiran 4.
  6. Borang peraduan boleh didapati di kaunter pembayaran di kedai buku Popular yang terpilih.
  7. Setiap borang penyertaan yang dihantar perlu disertakan resit pembelian asal daripada cawangan Popular terpilih; dan resit itu mestilah bertarikh seperti mana pada butiran 4.
  8. Hanya mereka yang membeli buku 1 Hari 1 Resepi di mana-mana kedai buku Popular yang terlibat sahaja yang layak menyertai kempen ini.
  9. Perserta boleh menghantar seberapa banyak borang peraduan dengan resit yang berbeza tetapi hanya boleh menerima satu hadiah sahaja daripada senarai hadiah yang disediakan.
  10. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan slogan yang paling kreatif serta mengisi maklumat peribadi yang lengkap.
  11. Semua pemenang akan dihubungi melalui e-mel ataupun panggilan telefon dalam tempoh sebulan selepas tarikh-tarikh akhir kempen seperti pada butiran 4.
  12. Pemenang akan dimaklumkan tarikh sesi bersama Chef. Pihak penganjur tidak menanggung sebarang kos yang wujud ketika hadir ke sesi bersama Chef.
  13. Sekiranya pemenang tidak dapat hadir pada tarikh sesi seperti yang dimaklumkan, pihak penganjur tidak akan memberikan tarikh sesi yang baru.
  14. Semua hadiah yang diberi dalam keadaan baik tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit, barangan lain ataupun baucer sama ada sebahagian ataupun sepenuhnya.
  15. Pemenang bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat menyertai kempen.
  16. PTS and Popular berhak untuk mengubah dan menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
  17. PTS berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan bagi tujuan pengiklanan, perdagangan, dan/atau publisiti tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu dan pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan itu.
  18. Keputusan pengadil adalah muktamad dan surat menyurat ataupun e-mel tidak akan dilayan.
  19. Apabila menyertai peraduan ini, peserta bersetuju mematuhi dan terikat kepada syarat dan peraturan peraduan ini serta keputusan PTS.