Kenyataan Akhbar

DUNIA KARTUN: LAWAK BUDAK SEKOLAH #5 - MAJLIS PERPISAHAN #tributepoyo

oleh Awatif pada 06 Oct 2017

Kali ini Komik-M mempersembahkan #tributepoyo menerusi Dunia Kartun: Lawak Budak Sekolah #5 - Majlis Perpisahan yang dihasilkan khas oleh rakan-rakan Poyo. Untuk pengetahuan pembaca, Jefferi Abdul Rahman atau lebih popular dengan nama kartunis Poyo telah kembali ke rahmatullah pada 20 Januari 2017. Bak kata pepatah, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Bagitulah terkesannya dunia komik dengan pemergian abadi kartunis Poyo.

 

Lampiran

I’m a Backpacker: Turkey

oleh Awatif pada 28 Sep 2017

Selepas kejayaan buku-buku bersiri I’m A Backpacker, penerbit Puteh Press kembali menyerikan dunia backpacker dengan buku terbaru I’m A Backpacker: Turkey. Mendengarkan negara Turki, pasti ramai yang membayangkan keindahan kotanya, keunggulan sejarah, peradaban tamadun, dan sebagainya.

Apa yang menarik mengenai buku ini, penulis tidak menceritakan kehidupan peribadi beliau di sana. Ia juga bukan seperti kebanyakan buku travelog yang ada di pasaran. Bahkan buku ini lebih kepada panduan sebelum
backpack ke negara tersebut dan bagaimana survival di sana. 

 

Lampiran

Tip-Tip Cemerlang daripada Quran Edisi 2017

oleh Awatif pada 14 Mar 2017

PTS Publishing House kembali menampilkan karya terbaru daripada Dato' Dr. Danial Zainal Abidin, iaitu Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran Edisi 2017.  Buku ini mempunyai 36 tip. Kesemua tip penting untuk difahami. Tip-tip ini dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu tip-tip asas (asas serta pokok kepada kecemerlangan), tip sokongan (mengukuhkan tip-tip asas), dan tip penyempurnaan (mengelokkan dan melengkapkan tip-tip sebelumnya).

Lampiran

Salahuddin Al-Ayyubi: Wira Pembebasan Baitul Maqdis

oleh Awatif pada 13 Mar 2017

PTS Publishing House tampil dengan komik grafik terbaru yang bertajuk Salahuddin Al-Ayyubi: Wira Pembebasan Baitul Maqdis. Novel grafik ini mengisahkan tentang Salahuddin Al-Ayyubi, iaitu satu watak besar dalam lembaran sejarah Islam. Legenda yang mengukir pelbagai pencapaian hebat semasa hayatnya. Panglima perang yang mendedikasikan hidupnya untuk dua tujuan, iaitu menyatukan umat Islam di bawah kekuasaannya demi memimpin jihad menentang Tentera Salib dan mengusir mereka dari jajahan takluk mereka di Syria-Palestin.

Lampiran

Napoleon Bonaparte: Sang Penakluk Eropah

oleh Awatif pada 13 Mar 2017

Selepas  novel grafik Salahuddin Al-Ayyubi: Wira Pembebasan Baitul Maqdis, PTS Publishing House tampil dengan komik terbaru yang bertajuk Napoleon Bonaparte: Sang Penakluk Eropah. Novel grafik ini mengisahkan tentang kebangkitan jeneral muda Bonaparte dan siri kempen awal ketenteraannya, daripada penaklukan Toulon hingga ke kempen ketenteraannya di Itali serta kepulangannya dari Mesir.

Lampiran

I’m a Backpacker: Germany

oleh Awatif pada 13 Mar 2017

Meneruskan tradisi buku bestseller I'm a Backpacker: Korea dan I'm a Backpacker: Europe, kini Puteh Press datang lagi dengan buku terbaru, iaitu I'm a Backpacker: Germany. Buku ini bukan sebuah buku travelog yang mencatatkan pengalaman penulis. Tetapi, ia adalah buku yang menunjukkan cara how-to, bagaimana untuk mengembara di Jerman. Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel ke sebuah negara yang terkenal dengan keindahan seni bina, pemandangan ala poskad, teknologi hebat, festival yang meriah, dan banyak kepelbagaian lain yang boleh diterokai.

Lampiran

ADIWIRA #4: BERAKSI DI GALAKSI

oleh Awatif pada 03 Mar 2017

Komik Adiwira kembali menemui peminat setia karya pekomik Ash Kun. Pasti ramai yang menanti sambungan kisah Adiwira ini. Ini terbukti apabila Adiwira diiktiraf sebagai salah satu siri bestseller Komik - M sepanjang tahun 2016 selepas tiga siri yang diterbitkan.

Lampiran

TAFSIR AL-AZHAR JUZUK 5

oleh Awatif pada 02 Mar 2017

Tafsir Al-Azhar Juzuk 5 mengandungi surah An-Nisaa` daripada ayat 24 hingga ayat 147. Antara kupasan isu yang diketengahkan adalah menjelaskan krisis pergaulan suami isteri seperti perihal nusyuz dan syiqaq. Malah, dalam surah dan juzuk ini juga diterangkan mengenai tayamum sebagai ganti kepada wudhuk. Sesuai dijadikan panduan kehidupan seharian supaya segala persoalan memperoleh jawapan yang sahih dan jelas.

Lampiran

TAFSIR AL-AZHAR JUZUK 4

oleh Awatif pada 02 Mar 2017

Tafsir Al-Azhar Juzuk 4 adalah lanjutan surah Ali-Imran daripada ayat 92 hingga ayat 200 dan surah An-Nisaa`  daripada ayat 1 hingga ayat 23. Mesej utama daripada surah Ali-Imran dan juzuk ke-4 adalah memberi peringatan kepada kaum Muslimin tentang kegagahan dalam Perang Uhud, iaitu perang yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. mendapat luka dan berpuluh mujahid mati syahid. Dan lanjutan surah ini mengingatkan para Muslimin supaya memperteguhkan hati, menyiapkan harta dan tenaga bagi memperjuangkan agama Allah. Manakala, surah An-Nisaa` yang bermaksud perempuan-perempuan yang banyak membicarakan mengenai kaum perempuan.

Lampiran

ANARKIS BANGKIT

oleh Awatif pada 02 Mar 2017

Novel kedua ini memfokuskan misi Sarjan Awai Anak Gamung bagi menyelamatkan nyawa anaknya, sekali gus berjuang demi membersihkan kembali maruahnya yang tercemar kerana dituduh membunuh peguamnya. Namun, dengan hanya satu kelaran di leher Datuk Salleh, segala luka dan dendam Sarjan Awai berakhir.

Walau bagaimanapun, seperti novel yang pertama, jejak Awai tidak dapat dikenalpasti. Yang pasti, seorang anarkis ini sudah menamatkan apa yang patut ditamatkan dahulu. Siri kedua Anarkis Bangkit ini pasti tidak akan menghampakan peminat bacaan novel thriller.

Lampiran
 1 2 3 >