Artikel

Apa Yang Nabi SAW Tidak Lakukan Tetapi ISIS Lakukan - Dr. MAZA

oleh Asri Yussof pada 06 Oct 2016

Kita pernah dikejutkan dengan gambar dari ISIS yang memotong kepala musuhnya untuk dipertontonkan seisi dunia bagi memberitahu kewujudkan mereka di atas muka bumi ini.

Prof. Madya Dato’Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan Dr. Maza mengulas perkara ini dalam buku terbarunya, ISIS;

Memotong kepala musuh bagi dipertontonkan kepada orang ramai bukan perbuatan yang diiktiraf oleh Islam. Apatah lagi membunuh mereka yang tidak terlibat di medan perang seperti wartawan dan masyrakat awam. Ia sama sekali diharamkan oleh syariat Islam yang mulia.

Dr. MAZA

Hujah yang dibawa oleh Dr. Maza, beliau memetik dari Az-Zuhri (tokoh besar tabi’i - murid para sahabat Nabi saw);

Tidak pernah dibawa kepada Rasulullah satu kepala pun, tidak sekalipun dalam Perang Badar. Pernah dibawa kepala kepada (Khalifah) Abu Bakar, beliau membantahnya.

Sumber: Sunan Said bin Mansur, Al-Mu’jam Al-Kabir oleh At-Tabarani, Marasil Abi Daud dan Sunan Al-Baihaqi

ISIS atas semangat yang tidak menurut syariat Islam telah mengikuti jejak langkah peperangan zaman Rom dan Parsi pada zaman dahulu dengan menyembelih manusia. Dahulu, peperangan dan pembunuhan tidak lengkap tanpa adanya persembahan kepala kepada pemerintah.

Buku ISIS

Dr. Maza menambah, dalam kenyataan panjang Az-Zuhri itu, diceritakan juga Perang Badar adalah perang di mana ramai musuh Islam yang ingin memerangi Rasulullah saw,

Pun begitu, yang kita tahu Abu Jahal dibunuh dalam Perang tersebut juga tidak dipersembahkan kepalanya kepada Rasulullah saw.

Ini kerana Islam sangat menjaga maruah dan aib seseorang manusia walaupun selepas beliau mati.

Dalam buku terbarunya, ISIS juga beliau mengecam Presiden Obama selepas beliau mengeluarkan kenyataan terhadap kematian wartawan James Foley

“No Just God would stand for what they did”

Obama

Dr. Maza menulis, kenapa Obama tidak menyebut

“No just God would stand for what Israel did?!”

Beliau melihat isu ISIS juga telah menjadi agenda media kerajaan Amerika untuk menutup kekejaman mereka dan sekutunya Israel terhadap Palestin.

Semalam kita bersedih dengan berita dari misi ‘Women’s Boat to Gaza’ yang ditangkap oleh Tentera Laut Israel. Misi ini dengan harapan untuk menyatakan dunia tidak pernah melupakan Gaza dan mengetahui perjuangan membebaskan Gaza ini tidak pernah berhenti.

Aktivis Women's Boat to Gaza

Dr. Fauziah dari Malaysia yang merupakan salah seorang yang berada dalam kapal tersebut.

Dr. Fauziah

Beliau adalah satu-satunya doktor perubatan yang berada di atas kapal. Sama-sama kita doakan kesemua wanita di atas kapal tersebut selamat.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024