Artikel

Bookcafe.com.my Lancarkan Jualan FLASH SALE - Ini Cara Supaya Anda Tidak Terlepas Promosi Mereka

oleh Abdullah pada 25 Jan 2018

Bookcafe.com.my sering dikenali dengan kedai buku online yang selalu mengadakan jualan mengejut tidak kira masa. Kadang-kadang mereka mempromosikan beberapa hari lebih awal. Kadang-kadang mengejut, tiba-tiba kita dapat notifikasi FLASH SALE sudah bermula!

Promo Hari Gaji di Bookcafe

Klik di sini untuk melihat promosi sempena HARI GAJI

Tengahari tadi, Bookcafe.com.my, secara mengejut mengadakan jualan FLASH SALE yang berlangsung selama 3 jam sahaja. Bermula dari pukul 12.00 tengahari sehingga 3.00 petang.

Mereka memulakan promosi di media sosial hanya satu jam sebelum. Promosi seperti ini memberi kelebihan kepada pelanggan-pelanggan Bookcafe.com.my yang sudah membuat langganan untuk mendapatkan promosi-promosi secara langsung ke komputer dan telefon pintar mereka.

Flash Sale Bookcafe

Jualan FLASH SALE pada tengahari tadi telah menawarkan buku-buku dengan harga serendah RM5, diskaun melampau sehingga 80%, 100 judul baru dengan diskaun sehingga 60% dan istimewa Fatwa Kontemporari dari Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dan Tafsir Al-Azhar dari HAMKA dijual dengan hanya RM10.

Anda perlu melanggan promosi-promosi di Facebook Messenger Bookcafe dan telegram supaya bila ada sahaja promosi-promosi pada masa akan datang, anda akan menjadi orang pertama yang akan menerimanya.

Klik di sini dan anda akan dibawa ke laman melanggan.

bookcafe

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024