Artikel

Filem Pad Man Angkat Kisah Benar Arunachalam Muruganantham Yang Menghasilkan Tuala Wanita

oleh Asri Yussof pada 13 Feb 2018

Filem Pad Man, lakonan Akshay Kumar, Sonam Kapoor dan Radhika Apte sebagai teraju utama sudah memasuki hari kelima tayangan. Tidak sampai seminggu, filem ini sudah mengutip keuntungannya yang memuaskan sebanyak 65.62 crore (INR) berbanding bajet hanyalah 20 crore (INR).

Pad Man

Pad Man diangkat dari kisah benar. Ia diinspirasikan daripada dokumentari “The Sanitary Man of Sacred Land”, sebuah kisah pendek dari buku Twinkle Khanna, The Legend of Lakshmi Prasad.

Lakshmi Prasad adalah Arunachalam Muruganantham yang bermula dengan usaha untuk isterinya tidak menggunakan kain yang sama dan kotor berulang kali apabila tibanya waktu haid. Akibat dari harga tuala wanita yang terlalu mahal beliau nekad untuk menciptanya sendiri dengan kos yang lebih murah.

Beliau menetap di Coimbatore, Tamil Nadu, yang terletak di selatan India dan merupakan sebuah kawasan pedalaman.

Pad Man

Sangat menarik, apabila dalam filem Pad Man membandingkan masyarakat pedalaman di sana lebih sanggup untuk menghabiskan duit yang mempunyai nilai yang sama untuk mendapatkan tuala wanita kepada patung yang disimbolkan sebagai mempunyai kuasa magik. Walhal patung adalah patung ciptaan manusia, tidak wujud unsur spiritual di situ.

Arunachalam Muruganantham membuat revolusi di sana dengan mencipta mesin untuk mencipta tuala wanita dan boleh dijual kepada semua wanita dengan kos serendah 2 rupee sahaja berbanding harga pasaran 53 rupee untuk satu paket tuala wanita yang mempunyai lebih kurang empat ke lima helai tuala.

Pad Man

Filem Pad Man adalah hasil dari idea untuk memberi kesedaran kepada orang India tentang kebersihan dan membasmi perkara-perkara tahyul atau tradisional yang menjadi kepercayaan mereka.

Filem ini lebih kurang sama dengan filem  Toilet: Ek Prem Katha, tentang memberi kesedaran dan mengangkat cerita lokal. Juga dilakonkan oleh Akshay Kumar. Ditayangkan pada ogos 2017. Filem ini juga mendapat kutipan yang lumyan dari seluruh dunia.

Pad Man adalah filem Bollywood kedua yang diberikan akses untuk merakam filem itu di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York City selepas Girlfriend Half pada 2016. Lakshmi Prasad lakonan Akshay Kumar dijemput untuk memberi ucapan di konfrens UN Women di sana.

Pad Man

Bagi saya, India adalah negara pengeluar filem cerita lokal yang berjaya di tangga pertama menerobos ke seluruh panggung yang ada di dunia. Cerita-cerita lokal yang hadir dari banyak kawasan kecil dan pedalaman mereka begitu menginspirasi kita semua.

Berbeza pula di Pakistan. Filem ini belum lagi boleh ditayangkan di sana. Dakwaan mengatakan, ia berikutan  filem tersebut mempunyai perkara-perkara yang menyentuh isu sensitiviti wanita. Ketua Lembaga Penasihat Pakistan, Mobashir Hasan berkata, keputusan mengenai NOC belum diambil kerana filem itu belum dipratonton oleh Lembaga Pusat Penapis Filem. - lapor gulfnews.com

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024