Artikel

1 Bulan Lagi Menuju Ramadan - 5 Buku Wajib Untuk #HidupkanRamadan

oleh Bookcafe pada 09 Apr 2018

Ramadan adalah bulan mulia dan bulan yang paling ditunggu-tunggu untuk kita semua. Kerana ganjaran amal soleh yang digandakan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini, ia perlulah dimulakan oleh diri kita sendiri terlebih dahulu dengan memberi kefahaman yang betul dari aspek keilmuan.

Kami senarai 5 buku yang wajib anda baca untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan supaya kita sama-sama dapat #HidupkanRamadan dengan membuat amal-amal kebajika dan mencegah diri dari melakukan perkara-perkara maksiat.

ramdan

1. Nasihat Ramadan Daripada Orang-Orang Soleh

Ramadan adalah nikmat yang tidak habis dibicarakan. Lisan para da’ie tidak pernah penat mengulasnya. Telinga para perindu syurga tidak pernah bosan menyemaknya. Pena para ulama tidak pernah kering menulis dan mengupasnya.

Buku-buku mereka bertebaran di mana-mana, dalam pelbagai versi dan bahasannya. Namun begitu, masih banyak di antara kita yang belum memiliki semangat untuk meraih pahala-pahal besarnya.

Pausa Wanita

2. Istimewanya Puasa Wanita

Ada beberapa kemusykilan yang masih wujud tentang hukum-hakam dan do and dont’s dalam bulan Ramadan, terutamanya dalam kalangan wanita. Wanita juga wajib melaksanakan ibadah puasa sebaik mungkin. Oleh itu, setiap kemusykilan perlu dileraikan dengan jawapan yang pasti agar wanita juga dapat melaksanakan ibadah ini dengan hati yang yakin dan tenang.

Pausa Diterima Allah

3. Bahagianya Apabila Puasamu Diterima Allah

Ibadat puasa adalah rukun Islam keempat yang wajib disempurnakan sebulan penuh pada setiap tahun. Orang yang bergelar Islam mesti melaksanakan ibadah ini kerana puasa memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu dan masyarakat.

Namun, oleh kerana ada umat Islam sekarang yang menjauhi majlis ilmu, ramai yang tidak faham perihal hal-hal yang berkaitan dengan ibadat puasa, sama ada puasa wajib mahupun sunat.

Bagi mengatasi masalah ini, penulis membahaskan A-Z berkenaan puasa dengan penyampaian yang mudah, praktikal, ringkas, dan lengkap. Buku ini adalah siri fiqh ibadat ketiga selepas tajuk Bahagianya apabila Hajimu Diterima Allah.

Batal Puasa

4. Batalkah Puasa Saya?

Buku ini merungkai persoalan-persoalan lazim berkaitan kesan rawatan perubatan terhadap ibadah puasa. Perbincangan mencakupi hukum rawatan perubatan, rawatan pembedahan, ujian klinikal, rawatan pergigian dan lain-lain.

Penulis membahaskan setiap inti pati dengan menggabungkan disiplin ilmu fiqah dan kaedah rawatan moden. Kajian ini diadaptasi daripada kajian tesis ijazah kedoktoran penulis yang telah dimudahkan bahasanya untuk tatapan umum.

Sebahagian perbahasan dikekalkan sifat akademiknya untuk memberikan pendedahan bahawa hukum-hakam yang ada pada hari ini merupakan hasil perbahasan panjang dan mendalam oleh para ulama silam dan kontemporari.

101 Info Pausa

5. 101 Info Seronoknya Berpuasa

Apakah pengertian puasa yang sebenarnya? Adakah puasa dimaksudkan dengan menahan lapar dan dahaga semata-mata?

Puasa sebenarnya membawa pengertian yang lebih luas. Puasa bukan sahaja baik bagi kesihatan, malah mendidik kita menjadi sabar dan berdisiplin. Ternyata puasa adalah ibadah yang begitu menyeronokkan.

Buku berwarna-warni ini mengandungi 101 soal jawab asas berkenaan puasa untuk kanak-kanak. Ia juga dapat menambah pengetahuan kanak-kanak tentang puasa. 101 Info: Seronoknya Berpuasa mengajak kanak-kanak menambah ilmu berkenaan ibadah puasa secara santai dan menyeronokkan.

Klik di sini  dan nikmati lebih banyak lagi buku-buku yang boleh anda miliki untuk #HidupkanRamadan dengan tawaran diskaun 15%

Ramadan 2018

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024