Artikel

10 Perkara yang Anda Perlu Tahu Tentang Lelaki Afrika dan Budayanya

oleh Siti Munira Abdul Rashid pada 26 Jul 2016

Berikut merupakan fakta yang menarik yang kita tidak tahu tentang lelaki Afrika dan budayanya;

  1. Negro menurut Ensiklopedia Collier (1921), adalah merujuk kepada manusia yang berkulit hitam.

  2. Mereka berasal dari Afrika, Sahara, India, lembah Indus-Ganga, dan kawasan di kebenuaan Australia.

  3. Bangsa ‘Negro’ juga boleh ditemui di Madagascar, New Guinea, dan Melanesia.

  4. Panggilan Negro dikatakan tidak sesuai dan tidak beradab. Malah, perkataan ini juga melambangkan penghinaan ataupun merendahkan martabat seseorang.

  5. Pisang merupakan makanan asasi di negara Afrika. Matokay merupakan nama masakan di negara Afrika iaitu pisang lenyek dalam daun pisang (kukus) dan dimakan dengan kari.

  6. Budaya Afrika tidak membenarkan bapa mentua bercakap dengan menantu perempuan.

  7. Budaya di negara Afrika, lelaki yang akan lakukan semua kerja rumah.

  8. Lelaki Afrika sangat sopan, baik dari gaya percakapan dan juga tingkah laku.

  9. Lelaki Afrika berkulit gelap bukan disebabkan duduk di kawasan cuaca panas, sebaliknya ada beberapa tempat di negara mereka yang ada salji seperti di kawasan pergunungan sehingga mencecah 16 hingga 22 darjah celcius. Manakala, di kawasan pergunungan, suhunya boleh mencecah negatif.

  10. Bersalaman antara lelaki dan perempuan adalah sebahagian daripada budaya masyarakat Afrika. Walau bagaimanapun, salam antara kaum sejenis mereka 100 peratus lebih sopan, beradat, bertatasusila, dan ikhlas.

Baca, Wanita ini berkongsi kisah pengalaman 20 tahun beliau bernikah dengan lelaki negro.

Untuk penjelasan lebih jelas, silakan baca buku Laki Aku Negro terbitan Puteh Press. Buku ini menerangkan persepsi pandangan kita yang kadangkala tersasar jauh kerana kejahilan kita sendiri.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024