Artikel

10 Tokoh Idola Muslimah: Contoh Terbaik Buat Wanita

oleh Roziyah pada 07 Mar 2011

Kini, masyarakat kita sering dihidangkan dengan pelbagai ikon yang kadangkala bertentangan dengan syariat Islam. Kebanyakan ikon yang dipamerkan tidak bersesuaian daripada sahsiah dan kehidupan yang negetif dan tidak seharusnya dicontohi umat Islam terutamanya remaja.

Sempena hari wanita yang akan disambut pada 8 Mac ini, PTS Millenia menampilkan 10 Tokoh Idola Muslim sebagai contoh Muslimah yang boleh dijadikan idola hidup dan perlu dicontohi wanita hari ini.

10 Tokoh Idola Muslimah tulisan Puan Sakinah Salleh ini menampilkan tokoh-tokoh muslimah terbaik yang mampu memberikan impak besar kepada kita yang ketandusan tokoh-tokoh yang dapat memenuhi kritiria sebagai srikandi yang cemerlang dalam segenap sudut.

Melalui buku ini, setiap tokoh ditampilkan dengan terperinci merangkumi sejarah hidup, akitan kisah dengan kehidupan masa kini serta inspirasi dalam mendidik anak-anak agar menjadi pemangkin kepada generasi akan datang.

Penting bagi muslimah hari ini mengikuti kisah hidup, titik tolak kejayaan serta rahsia kehebatan dan ketabahan tokoh wanita ini dalam meraih keunggulan daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Antara tokoh yang terdapat dalam buku ini termasuklah Siti Aminah Abdul Wahab, Siti Khadijah Khuwailid, Siti Aisyah Abu Bakar, Siti Hajar, Siti Sarah dan ramai lagi tokoh Islam terkemuka yang boleh dijadikan contoh dalam membentuk peribadi terbaik dalam diri muslimah.

Dapatkan buku 10 Tokoh Idola Muslimah terbitan PTS Millenia ini bagi mengetahui rahsia kehebatan, kejayaan dan kekentalan dalam meraih keunggulan muslimah sejati.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024