Artikel

2 Buku Terbaik dari Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah yang Patut Anda Miliki

oleh Asri Yussof pada 10 Oct 2018

Semua orang kenal dengan pakar motivasi ini yang sudah lama bergiat aktif menyampaikan ceramah motivasi dan sudah memberi inspirsi kepada ramai orang. Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor.

Beliau pernah dinamakan sebagai “Tokoh Maal Hijrah” negeri Selangor untuk mengiktiraf sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan modal insan di negara kita. Beliau sudah menulis banyak buku-buku berkaitan motivasi, pelajar dan kekeluargaan.

Beliau sudah menulis sebanyak 22 buah buku bersama PTS Media Group. Buku yang paling menjadi popular dan telah terjual melebihi 30,000 naskah adalah 55 Petua Orang Berjaya. Buku ini telah dikemaskini pada tahun ini supaya lebih ramai orang yang terkesan dari penulisan ini. Buku ini Bukan sahaja mengandungi cerita-cerita menarik, bahkan tips-tips praktikal yang dapat diamalkan terus.

“Setiap orang perlu belajar untuk tidak mencari kesalahan orang lain”

― Fadzilah Kamsah

Dato’Dr. Mohd Fadzilah Kamsah memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sains Pertanian

Kewartawanan daripada Wisconsin University, Amerika Syarikat.

Bakat dan pengetahuan yang dimiliki oleh beliau telah membuatkan beliau memilih untuk membina karier dalam bidang pembangunan modal insan. Keseluruhan buku yang sudah beliau tulis, kesemuanya berjumlah 42 buah buku, sejak tahun 1994 lagi.

Satu lagi buku dari beliau yang berjaya menjadi fenomena adalah Psikologi Cinta. Buku ini mengupas persoalan cinta menurut perspektif Islam dan psikologi. Ia turut membincangkan nilai-nilai yang berkait rapat dengan cinta seperti rasa tanggungjawab, kasih sayang, keprihatinan, kemesraan, kerinduan, persaudaraan dan juga kebencian yang dikupas mengikut perspektif Islam.

Terdapat pelbagai definisi, jenis dan kefahaman yang berkaitan dengan cinta. Persoalan cinta membabitkan semua golongan bermula dari dalam kandungan sehinggalah menjelang hari kematian. Buku ini mengupas persoalan yang berkaitan dengan cinta, terutamanya definisi cinta dan implikasinya dalam kehidupan.

Foto: ohmedia.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024