Artikel

2 Cara Mudah Untuk Dapatkan Duit Raya PTS Bernilai RM500

oleh Asri Yussof pada 02 Jul 2017

Jangan terkejut dengan Duit Raya PTS bernilai RM500 ini akan diberikan kepada seorang pemenang bertuah. Jika anda peminat setia buku-buku yang diterbitkan oleh PTS, mungkin anda akan menjadi orang yang paling bertuah untuk memenangi duit raya tersebut.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, PTS akan mengadakan satu peraduan sempena bulan Syawal dengan ganjarannya adalah Duit Raya. Tahun ini, nilainya sebanyak RM500 untuk seorang pemenang yang bertuah.

Ikut 2 cara mudah untuk berpeluang memenangi Duit Raya PTS yang bernilai RM500,

1. Beli Buku PTS

Anda perlu membelanjakan RM100 dan keatas dengan membeli mana-mana buku PTS di kedai buku berdekatan anda atau secara online dari mana-mana penjual di internet.

Pembelian RM100 dan keatas tidak semesti berada dalam satu resit pembelian. Yang penting, resit pembelian perlu dilakukan sepanjang tarikh peraduan berlangsung.

2. Email Resit & Tulis Slogan yang kreatif

Hantarkan resit pembelian anda berserta slogan yang kreatif dan menarik ke email: [email protected]. Pastikan slogan anda mempunyai tagline “Kita Bersaudara”

**Peraduan DAPAT DUIT RAYA TAMBAH DUIT RAYA akan berlangsung sepanjang bulan syawal, bermula 25 Jun sehingga 23 Julai 2017.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024