Artikel

200,000 Wanita Korea Terpaksa Bekerja di Rumah Pelacuran- Memori Hitam Perang Dunia ke-2

oleh Asri Yussof pada 04 Jan 2018

Ketika perang dunia ke -2 meletus, sebanyak 200,000 wanita Korea yang terpaksa bekerja di rumah pelacuran ketenteraan Jepun yang disebut sebagai “comfort women” oleh Jepun.

Nama “comfort women” adalah terjemahan dari Jepun: ianfu (慰安婦), eufemisme yang bermaksud “pelacur”. Anggaran oleh sejarawan jepun Ikuhiko Hata, wanita korea yang dibawa ke Jepun pada ketika itu serendah 20,000.

Manakala salah seorang sarjana Cina menggangarkan seramai 360,000 hingga 410,000.

Kebanyakan dari mereka diculik dari rumah di negara-negara di bawah pemerintahan Imperial Jepun. Beberapa kes, wanita ini dijanjikan dengan bekerja di kilang-kilang atau restoran supaya dapat mengikut secara rela.

Filem Battleship Island

Filem Battleship Island yang ditayangkan pada bulan julai 2017 yang lalu mengisahkan kumpulan warga korea yang terperangkap di pulau Hashima (dalam sebutan jepun disebut Gunkanjima).

Filem itu turut merakamkan beberapa wanita menjadi “comfort women” - pelacur untuk tentera-tentera jepun.

Filem yang dibintangi oleh So-Ji-sub, Song Joong-ki dan Lee Jung-hyun sebagai teraju utama itu mendapat jumlah kutipan box office sebanyak USD$ 46.1 million, berbanding bajet filem hanya USD$ 21 million.

Filem ini yang memaparkan keburukan pihak Jepun memberikan sedikit ketegangan antara kedua-dua negara ini, Jepun dan Korea Selatan.

Selain wanita korea, wanita-wanita lain yang berasal dari negara yang diduduki oleh tentera Jepun juga dijadikan pelacur, termasuk China, Filipina, Malaysia, Taiwan, Indonesia, Burma, New Guinea, Hong Kong, Macau, Indochina Perancis, Belanda dan Australia.

Tetapi jumlah mereka tidak sebesar jumlah wanita Korea yang menjadi korban rumah pelacuran. - sumber: wikipedia

Perang dunia ke-2

(Foto: Kanak-kanak perempuan Cina dan Malayu yang diambil secara paksa dari Pulau Pinang oleh Jepun untuk bekerja sebagai pelacur untuk tentera Jepun - sumber: wikipedia)

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dilaporkan oleh Reuters, akan bertemu dengan wanita-wanita yang pernah dipaksa bekerja di rumah pelacuran ketika perang dunia ke-2.

Pejabat presiden di Rumah Biru melaporkan akan bertemu mereka untuk makan tengahari, tetapi tidak melaporkan berapa jumlah wanita yang setepatnya.

Presiden Korea Selatan

(Foto: Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in. sumber: cnn)

Dua tahun yang lalu, perjanjian 2015 termeterai antara Jepun dan Korea Selatan, untuk memohon maaf kepada mangsa-mangsa pelacuran dan menyediakan 1 bilion yen ($ 8.8 juta) untuk membantu kehidupan mereka sekarang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024