Artikel

3 Buku Ini Sesuai Untuk Dihadiahkan Kepada Lelaki

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 05 Aug 2016

Eh, lelaki perlukan hadiahkah? Bukankah sepatutnya mereka yang memberikan hadiah kepada kaum Hawa? Terutama, adik-adik perempuan dan ibu mereka?

Setiap insan sebenarnya perlu dihargai, bahkan mempunyai hak untuk mendapat penghargaan. Ketepikan dahulu soal lelaki atau perempuan, semuanya adalah manusia, bukan.

Hadiah itu sendiri banyak tafsirannya. Tafsiran hadiah kepada lelaki dalam penulisan ini lebih menjurus kepada hadiah berupa buku, merangkumi catatan yang dikuatkan dengan pengalaman penulis sendiri.

Mengapa hadiah ini penting untuk lelaki? Inilah sebab-sebabnya.

 

1. Hadiah Buat Sahabat: Dua Wajah Dua Minda

Hadiah Buat Sahabat banyak menyentuh tentang usia terutamanya kisah silam dan masa berbaki. Usia bak mutiara terhasil dari dasar lautan, indah serta bernilai tinggi di mata manusia. Namun bila berdiam diri, merenung apa yang tertulis, hati terus terdetik, “Ya Allah, sesungguhnya aku yang dahulu telah mensia-siakan waktu seumpama mutiara bernilai yang tidak dihargai.”

(Ida Md. Amin, Siswi U-MKI)

 

2. Hadiah Buat Suami: Tidak Ternilai Kasihmu

Hadiah Buat Suami adalah rasa hati wanita. Lalu pada kebanyakan isteri, kejujuran suami sering diukur pada kesetiaan memberi kasih hanya kepada dirinya. Ia tidak boleh dikongsi dengan sesiapa. Ia benar dan tidak salah. Namun kebenaran ini perlu dipadankan dengan hukum syariat Islam. (Prof Madya Ahmad Nawawi Yaakob, Universiti Teknologi Mara)

 Bookcafe tawarkan combo buku hadiah

3. Hadiah Buat Anak: Impian Satu Doa

Jika akademik tanda aras kejayaan, Azrai mahu ke MRSM. Azrai mahu mengikuti jejak Ayah. Azrai mahu banggakan Ayah dan Mama. Akhirnya, impian ini menjadi kenyataan. Benarlah kata Mama, Allat SWT mendengar lintasan hati hambaNya walaupun bukan di atas tikar sejadah. (Ahmad Haris Azrai, Anak)

Salah satu tanda penghargaan kita kepada seseorang, adalah pemberian hadiah. Betulkan?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024